Sunday 10 July 2011

Rahsia 3P Emas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengungjung blog emas No 1 di Malaysia :) . Alhamdulillah sudah hampir 7 bulan kita mengharungi tahun baru iaitu tahun 2011.Semoga tahun ini membawa sinar baru dalam kehidupan sementara di dunia ini sebelum melangkah ke dunia kekal abadi.
Baiklah , setiap hari boleh dikatakan handphone saya tidak pernah membisu , asyik mengeluarkan bunyi panggilan dan sms.Waduh-waduh , memang penat untuk melayan tetapi seronok jika mereka yang membuat panggilan / sms ke 013-2635163 berpuas hati dengan layanan yang diberi.Berbagai ragam panggilan /sms yang saya terima , dari yang paling ok sehingga yang paling ko.
Mungkin sudah semakin ramai yang mula sedar kepentingan emas dan mungkin masih ramai yang belum sedar kepentingan emas.Diharap rakan-rakan seperjuangan terus berusaha untuk memberi info dan ilmu yang berguna untuk rakan-rakan diluar sana.Sebelum anda memiliki emas @ pergi lebih jauh dalam bidang emas , anda harus tanya pada diri sendiri :
Adakah aku ingin jadi Penguna Emas/Penyimpan Emas @ Pelabur Emas @ Peniaga Emas ?
Pengguna Emas/Penyimpan Emas – Bagi saya , penyimpan emas bermaksud membeli emas sebagai simpanan untuk masa depan atau membeli emas sebagai barang perhiasan ( barang kemas ) .
Pelabur Emas – Pelabur emas adalah mereka yang mengharapkan keuntungan dalam jangka masa tertentu.Sebagai contoh beli emas hari ini dan menjualnya bila ada keuntungan.
Peniaga Emas – Peniaga emas adalah mereka yang suka menjalankan perniagaan jual dan beli emas.
Berdasarkan tiga kategori diatas , dimanakah letaknya diri anda ?
Jika sebagai Pengguna emas/Penyimpan Emas – Anda Untung.
Jika sebagai Pelabur Emas – Anda Lagi Untung.
Jika sebagai Peniaga Emas – Anda Lebih Lagi Untung.
So anda semua sudah tahu dimana letaknya diri anda ? Bagi saya tidak kisah dimana letaknya diri anda semua , yang penting anda semua tahu fungsi dan kepentingan menyimpan asset dalam bentuk emas untuk masa depan yang lebih baik.Tentu anda semua masih tertanya-tenya mengenai tajuk artikel hari ini iaitu “Rahsia 3P Emas”.
Rahsia 3P Emas adalah gabungan huruf P didepan bagi perkataan Penyimpan Emas , Pelabur Emas dan Peniaga Emas.Hari ini saya akan bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh jadi Penyimpan emas , pelabur emas dan seterusnya peniaga emas.So mari kita sama-sama bongkar rahsia ini di episode kedua “Rahsia 3P Emas”

No comments:

Post a Comment