Saturday 21 April 2012

Bagaimana Cara Polis Menahan Penjenayah Penipuan Emas


Video yang ditunjukkan Malaysiakini pada 23-Mac-2012 menunjukkan bagaimana penjenayah cuba melawan apabila  ditahan polis memaksa polis untuk bertindak tegas, seramai 4 anggota polis terpaksa bergelut dengan penjenayah ini sebelum dapat digari. Melakukan penipuan emas, meragut emas, mencuri emas, menjual emas curi merupakan satu kesalahan dan berdosa.
Dari Laporan Berita:
GEORGE TOWN — Polis hari ini menafikan empat anggotanya mengasari seorang tukang emas ketika hendak memeriksa lelaki itu dalam satu kejadian di sebuah kedai di Jalan Perak pada 20 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Gan Kong Meng berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan biasa bagaimanapun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama sehingga berlaku pergelutan.
“Hasil siasatan awal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam kedai berkenaan tidak menunjukkan empat anggota polis terbabit memukul tukang emas berkenaan.
“Sebaliknya berlaku sedikit pergelutan ketika dia cuba ditahan untuk di bawa ke balai bagi pemeriksaan lanjut sebelum dibebaskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang tukang emas meminta polis melakukan siasatan secara telus berhubung empat anggota yang didakwa mengasarinya dalam satu kejadian pada 20 Mac lepas.
Tukang emas, yang enggan namanya disiarkan itu, mendakwa dia yang sedang memandu kereta di Jalan Datuk Keramat, ditahan empat lelaki bermotosikal dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Anggota terbabit, yang berpakaian biasa, mengarahkan dia memberhentikan kereta untuk diperiksa tetapi akibat takut dan bimbang berlaku kejadian tidak diingini, tukang emas berusia 39 tahun itu terus memandu menuju ke kedai milik rakannya di Jalan Perak 50 meter dari tempat kejadian.
Menurut tukang emas itu, empat lelaki berkenaan mengekorinya masuk ke kedai rakannya dan berkeras mahu membawanya ke balai polis terdekat bagi tujuan pemeriksaan.
Kong Meng berkata, tukang emas itu bersetuju tetapi meminta kebenaran untuk menghubungi anggota keluarganya di Sungai Petani, Kedah dan anggota polis terbabit membenarkan.
“Anggota polis benarkan dia hubungi keluarganya dan selepas itu meminta tukang emas berkenaan untuk ke balai, tetapi dia enggan dan bertindak meronta-ronta ketika cuba ditahan.
Kes disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment