Saturday 19 May 2012

Membuat Keuntungan Menggunakan Teknik Pajak Emas


Di sini saya ceritakan macam mana untuk membeli satu bar yang bernilai ribuan ringgit dengan modal yang kecil melalui wang pinjaman pendidikan. Katakan satu semester Syam (nama seorang rakan) mendapat RM3250. Beliau mempunyai modal yang cukup untuk membeli emas 20 g 999.9 yang bernilai RM3080 dengan harga cuma RM924.
RM 3250 – RM3080 = RM 170. Gila! Macam mana nak survive hidup di PETALING JAYA dengan RM170 untuk empat bulan!? Sabar dulu, dengan teknik pajakan, anda boleh dapat sehingga 70% daripada nilai emas semasa untuk terus menyara hidup anda. Anda perlu ke Ar-Rahnu Agro Bank berdekatan dan pajak emas anda. Lebih kurang 30 minit kemudian, anda mendapat semula wang pajakan anda, RM2156. Jadi, RM2156 + RM170 = RM2,326 tidakkah cukup untuk menampung hidup anda, RM581 sebulan selama empat bulan? Di sini, kalau duit anda habis pun, anda masih mempunyai aset di bank. Pelaburan yang bijak! Selepas tempoh matang pajakan iaitu enam bulan, anda perlu ke Ar Rahnu untuk memperbarahui agreement dengan bank. Jika ada perbezaan harga pada masa tersebut, bank akan membayar anda sehingga 30% kerana kenaikan harga emas ialah 30% setahun! Bank akan terus membayar anda setiap enam bulan sehingga anda terus memperbaharui perjanjian. Berapa yang akan anda dapat jika setiap tahun bank membayar anda RM924 selama empat puluh tahun akan datang?
Anda dapat apa yang saya cuba kongsikan? Kalau kira kira ini besar sangat, anda boleh cuba dengan menggunakan dinar emas yang berharga RM640 sekeping. Cuba buat kira-kira. Kemudian gandakan atau ulangi proses ini dengan menambah jumlah bar emas atau dinar emas anda. Inilah pelaburan yang bijak.
Jelas? Jika sebelum ini duit pinjaman anda dihabiskan tanpa sebarang aset, hari ini saya telah berikan anda satu cara untuk memiliki aset yang tidak akan turun nilainya. Anda masih boleh berbelanja dengan RM2,326 disamping mempunyai aset RM3080 di bank.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment