Monday 24 October 2011

Final Piala Malaysia: Harga tiket semahal 0.25gram emas


0000033 225 01 Final Piala Malaysia: Harga tiket semahal 0.25gram emasPerlawanan Akhir Piala Malaysia yang menemukan jaguh Pantai Timur, Terengganu menentang Skuad Rusa bakal berlansung di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober ini mengikut kata Hamidun Amin (S.U FAM) petang tadi. Jawatankuasa FAM telah bermesyuarat bagi menentukan venue yang sesuai, harga tiket, upah dan imbuhan masing-masing di Pejabat FAM, Palace Of Golden Horses…
Akhirnya keputusan telah dicapai, harga tiket ditetapkan sebanyak RM50 untuk semua tempat duduk, manakala stadium Shah Alam menjadi venue Final tahun ini. Saudara- saudara yang dihormati sekalian, untuk catatan saudara, harga tiket sebelum ini cuma RM30 (2010) dan RM20 (2009) sahaja, tetapi pada tahun ini naik mendadak 67% kepada RM50 per tiket. Graf berikut menunjukkan kenaikan harga tiket sepanjang 5 tahun.
kenaikan harga tiket thumb Final Piala Malaysia: Harga tiket semahal 0.25gram emas
Dijangka pada tahun 2012 dan 2013 harga tiket akan mencapai angka satu ribu ringgit Malaysia. “Sometimes paper is more worth than gold” –Abang Zainal (ulat tiket). Kami tidak menjanjikan pelaburan anda memberi pulangan tetapi trak record sepanjang 5 ini tahun membuktikan Tiket Bola adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan.
Berbalik kepada kualiti padang, kata FAM adalah kata putus, mana-mana pihak yang memberontak boleh angkat kaki dan pergi bermain dengan kelab Slovakia, rejim yang telah 27 tahun di tampuk kuasa akan kekal, Revolusi telah lama berkubur dalam FAM. Jadi kepada penyokong, tiada pilihan atau peluang lain kecuali bersama-sama kestadium Shah Alam sabtu ini memenuhkan poket FAM atau pilihan alternatif duit RM50 tadi beli pizza dan tengok depan TV 42 inci. – dan tidak lupa Selamat Harijadi kepada Birthdayboy FAM hari ini dan selamat bercuti orang Pahang.

No comments:

Post a Comment