Friday 15 February 2013

Sistem Penggera Gagal Cubaan Samun Kedai Emas



Kuala Lumpur - Satu cubaan samun kedai emas di Jalan Sentul, di sini, gagal akibat sistem penggera keselamatan di premis itu berbunyi selepas mengesan pencerobohan, kelmarin.
Suspek dipercayai lebih dua orang, dipercayai memanjat balkoni di belakang premis kedai tiga tingkat itu sebelum cuba masuk ke dalam kedai dengan menebuk siling kedai emas terbabit yang terletak di tingkat bawah.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi disedari pemilik kedai emas yang bercuti Tahun Baru Cina selepas menerima notis dihantar ke telefon bimbitnya daripada sistem penggera di kedainya mengenai pencerobohan itu sebelum menghubungi polis.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata sistem penggera keselamatan di kedai emas terbabit berbunyi selepas suspek cuba membuka pintu dalam kedai itu.
Tebuk siling
Selepas menebuk lubang di siling, suspek masuk ke dalam belakang kedai emas dan ketika memecah masuk pintu ke bahagian ruang pameran barang kemas di bahagian depan kedai, sistem penggera berbunyi.
Kami percaya suspek panik apabila penggera itu berbunyi dan melarikan diri. Siasatan menemui pelbagai peralatan untuk memecah masuk kedai yang ditinggalkan suspek, katanya di sini, semalam.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment